Akbar Hamdi

Peguam Syarie Kuala Lumpur & Selangor

Mengharungi masa sukar seperti perceraian atau pertelingkahan keluarga? Anda tidak bersendirian. Saya sedia mendengar dan membantu, dengan empati dan kepakaran profesional, agar anda mendapat jalan penyelesaian terbaik.

20

Tahun Pengalaman Di Dalam Bidang Syariah

Profile Photo Syarie Akbar

Bertauliah

Peguam Syarie berdaftar dan diiktiraf di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur & Selangor. Komited membela hak anda dengan penuh amanah dan integriti.

Berpengalaman

Berpengalaman luas dalam kes perceraian, nafkah, hadhanah dan faraid. Setiap kes diurus dengan teliti, amanah dan berpandukan hukum Syariah.

Sedia Mendengar

Kami faham anda sedang diuji. Kami dengar tanpa prejudis dan bantu anda dengan jalan penyelesaian yang jelas dan menenangkan.

Profile Photo Syarie Akbar About 2

AKBARHAMDI BIN ABD JALIL

BA Syariah & Law (Hons) UM
DAIJ UIAM

Assalamualaikum, Saya Akbar Hamdi

Seorang Peguam Syarie bertauliah dengan lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang undang-undang Syariah. Saya berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah & Undang-Undang dari Universiti Malaya dan seterusnya melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma Pentadbiran Kehakiman dan Guaman Islam (DAIJ) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Saya memulakan kerjaya sebagai Peguam Syarie Kerajaan di Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan selama hampir 15 tahun, sebelum dilantik sebagai Pegawai Integriti di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pengalaman luas ini telah membentuk kefahaman saya dalam menangani pelbagai isu kekeluargaan Islam – dari penceraian, hak penjagaan anak, hinggalah ke pusaka dan harta sepencarian.

Kini, saya mengendalikan firma sendiri, Tetuan Akbar Zufaidi & Associates peguam bela, peguam cara & peguam syarie, dengan misi memberikan khidmat guaman yang telus, berkesan dan penuh integriti. Saya percaya setiap klien berhak didengar, difahami, dan dibantu mengikut lunas Hukum Syarak dan perundangan semasa. Bagi yang ingin mendapatkan khidmat nasihat guaman syarie, boleh terus hubungi saya dengan menekan butang di bawah.

Anda Tidak Bersendirian

Ramai yang datang jumpa saya bukan dalam keadaan tenang. Ada yang baru diceraikan, ada yang risau tentang hak penjagaan anak, dan ada juga yang tak tahu langsung apa langkah pertama yang perlu diambil.

Saya tak janji keajaiban. Tapi saya akan dengar betul-betul. Saya akan terangkan hak anda, pilihan yang ada, dan risiko yang perlu difahami. Bila anda dah bersedia, saya bantu uruskan semuanya — dari memfailkan kes di Mahkamah Syariah, sediakan dokumen, hinggalah tuntutan nafkah dan hak jagaan.

Setiap orang datang dengan kisah berbeza. Tapi satu yang sama — anda tak keseorangan. Bagi saya, anda bukan sekadar nombor kes. Anda manusia yang sedang cuba cari jalan. Dan saya di sini untuk bantu.

Senarai Servis - Penyelesaian Untuk Anda

Saya menyediakan pelbagai khidmat guaman Syariah di Kuala Lumpur dan Selangor, khusus dalam isu-isu kekeluargaan Islam. Antara perkhidmatan yang ditawarkan

Perkahwinan

Urus permohonan wali hakim, nikah bawah umur, poligami, serta pengesahan nikah dalam dan luar negara.

Penceraian

Bantu proses perceraian secara talaq, fasakh, khuluk atau taklik serta pengesahan lafaz cerai luar mahkamah.

Hak Selepas Penceraian

Tuntutan nafkah anak dan isteri, nafkah tertunggak, muta’ah, hak jagaan anak serta harta sepencarian.

Perancangan Harta

Sediakan dokumen hibah, wasiat, dan urus pembahagian pusaka serta faraid mengikut hukum Syariah.

Jenayah Syariah

Bantu kes khalwat, poligami tanpa izin mahkamah, ajaran tanpa tauliah, judi, arak dan lain-lain kes syariah.

Penyediaan Dokumen

Sediakan surat saman, afidavit, penyataan tuntutan dan dokumen mahkamah berkaitan kes Syariah anda.

Proses Terlibat – Langkah Demi Langkah

Mengambil keputusan untuk berjumpa peguam syarie mungkin terasa berat, tetapi prosesnya tidaklah rumit. Berikut adalah langkah-langkah bagaimana kami berurusan dengan anda, dari awal
hingga akhir.

1.

Konsultasi
Awal

Hubungi saya untuk sesi konsultasi. Anda boleh ceritakan masalah secara sulit, dan saya akan beri penerangan awal tentang hak dan pilihan yang ada.

2.

Perancangan
Strategi

Selepas faham isu anda, kita bincang strategi terbaik — sama ada fail kes, hantar surat tuntutan atau cuba mediasi. Kos, tempoh dan prosedur akan dijelaskan siap-siap.
3.

Penyediaan
Dokumen

Saya bantu sediakan dokumen guaman seperti petisyen, surat perjanjian, wasiat atau hibah. Selepas anda setuju, saya akan failkan ke mahkamah atau institusi berkaitan.
4.

Wakil di
Mahkamah

Saya sendiri akan wakili anda di Mahkamah Syariah. Anda takkan hadapi prosiding seorang diri — saya akan berhujah dan pastikan hak anda dibela sebaik mungkin.
5.

Tindakan
Susulan

Selepas kes selesai, saya bantu pantau pelaksanaan perintah mahkamah dan beri nasihat lanjut. Matlamat saya ialah bantu anda mulakan fasa hidup yang lebih tenang.